Sunday, September 16, 2012

Girls Generation (SNDS) di hatiku


Girl's Generation ataupun nama kumpulan ini dalam bahasa Korea iaitu SNSD (So Nyeo Shi Dae) ialah sebuah kumpulan penyanyi yang terdiri daripada 9 ahli yang comel-comel belaka. Jika anda masih tidak mengenali Girl's Generation, sila baca sehingga habis ok.
Kesemua 9 ahli ialah Hyoyeon, Jessica, Seohyun, Sooyoung, Sunny, Taeyeon (the leader), Tiffany, Yoona dan Yuri. Girl's Generation mula menerbitkan lagu pertama pada tahun 2007 yang diberi nama 'Into The New World' dan pada bulan november 2007, mereka mula menerbitkan album pertama Girl's Generation dimana lagu 'Kissing You' mendapat sambutan hangat daripada peminat. Pada Mac 2008, album tersebut diterbitkan semula dengan nama 'Baby Baby'. Selain bidang nyanyian, Girl's Generation turut rancangan realiti, drama serta rancangan radio.

Pada Januari 2009, SNSD mula mengorak langkah dengan menerbitkan mini-album yang pertama dengan bertajuk 'Gee' dan lagu 'Gee' juga mendapat sambutan yang menakjubkan daripada peminat. Pada Jun 2009, SNSD mula melancarkan mini-album yang kedua bertajuk 'Tell Me Your Wish' dan album ini juga mencapai kejayaan yang besar bagi SNSD.

SNSD mula melebarkan sayap dengan melancarkan sebuah album penuh yang bertajuk 'OH!' pada Januari 2010 dan jualan album ini sudahpun melebihi 100,000 unit. Selepas itu, pada bulan Mac pula SNSD melancarkan album repacked terbaru iaitu 'RunDevilRun'. Pada bulan October yang lepas, SNSD melancarkan mini-album yang ketiga berjudul 'Hoot' dan ianya sama seperti album sebelumnya, mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.

Apa yang menariknya, kesemua 9 ahli Girl's Generation ni cantik2,cute2, n slim merlin suma n paling penting umur dorang pon muda belia lagi......

 klu korang nak tau lebih lanjut sal dorang ni... ha ni hambik link nie k.....^-^ http://ms.wikipedia.org/wiki/Girls%27_Generation 









Muka salah seorang group nie hampir sama dgn Han Ji Eun(pelakon Heroin Full House) atau nama sebenar pelakon cute nie Song Hye Kyo......Hyoyeon lah..sama kan..tapi Song Hye Kyo ni lagi comel + +  lah......








No comments:

Post a Comment